Kelas Asas Movie Maker

17 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis – 16 Januari 2020, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas menggunakan Movie Maker dengan bertemakan penghasilan video bebas. Kelas ini telah disertai oleh 2 orang peserta yang terdiri daripada pelajar lepasan STPM dan SPM. Kelas ini diadakan pada jam 1.00 petang hingga 5 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Kelas ini adalah bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang ICT yang pelbagai seperti menghasilkan video menggunakan movie maker. Dalam kelas ini, para peserta telah diajar cara memenggunakan movie maker dengan betul.Para peserta di ajar bagaimana untuk memasukkan video pendek dan juga soundtrack yang terpilih. Selain itu, para peserta juga diajar memilih bentu transition, memasukkan sound effect dan juga title dan credits pada video yang dihasilkan. Para peserta digalakkan menghasilkan video mengikut kreativiti masing-masing. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah ditayangkan video Klik Dengan Bijak iaitu Buli Siber.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada Movie Maker
2. Penerangan tentang penggunaan Movie Maker
3. Latihan penghasilan video sendiri
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali